Free shipping for orders over RM200.00 within Peninsular Malaysia
Kindly register an account with us before place an order by
RM17.00
Adab Penuntut Ilmu (ABIM)
Price RM17.00
Product SKU 9789672158363
Brand ABIM
Reward Points 17
Points Needed 3400
Availability 1
Quantity
Description
Adab Penuntut Ilmu - Kulit lembut 
 
Pengarang: Imam Al-Mawardi Al-Shafi'i
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
ISBN: 9789672158363
Tahun: 2019
Bahasa: Bahasa Melayu
Bil Muka surat: 44 
Berat: 149g
 
Tarbiah bererti mengasuh seseorang menuju kesempunaannya, menurut agama yang mentarbiahnya, yang mengiktiraf ketinggian karamah insaniahnya sebagai khalifah, yang ditugaskan Allah untuk mengesakanNya dan beribadat dengan memakmurkan dunia.
 
Kitab berjudul 'Adab Pertuntut Ilmu" karangan Imam al-Mawardi al-Shafi’i (w. 450H) merupakan antara siri teriemahan Turath Tarbiyah yang diusahakan penterjermah, dalam rangka memperkenalkan karya-karya ulama berkaliber tinggi yang mempamerkan nilai-nilai Tarbiyah Islamiyah, dan cara bagaimana ia dipraktikkan sepanjang perjalanan ketamadunan Islam.
 
"Jangan sesekali dia (penuntut ilmu) itu menzahirkan sebarang rasa cukup daripadanya (guru-yakni cukup pandai dan tidak perlu lagi kepada belajar daripada guru itu). Sesungguhnya demikian itu merupakan pengingkaran kepada nikmat kurniaannya (guru itu), dan meremeh-remehkan haknya (yang wajib diambil berat).  Boleh jadi sesetengah penuntut ilmu mendapati kekuatan di dalam dirinya sendiri, kerana kepintarannya yang hebat dan ketajaman fikirannya, lalu dia bersikap enggan (biadab)kepada orang yang mengajarkannya, dan berpaling daripadanya, dengan tujuan untuk merendah-rendahkan dan memburuk-burukkannya. Lalu dia (penuntut ilmu) itu menjadi seperti orang yang dikisahkan dalam perumpamaan yang masyhur oleh Abu al-Bat-ha': 
 
"Daku ajarkan dia memanah setiap hari *** apabila lengannya sudah keras (kerana pandai memanah lurus) dia pula memanahku."
Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More