Perisai Bagi Sekalian atau Simpulan Iman atas Mazhab Salaf - kulit lembut
Pengarang: As-Syeikh Abdul Qadir Abdul Mutthalib Al-Indonesi Al-Mandili
Penterjemah: Noraine Abu (Transliterasi Jawi - rumi)
ISBN: 9789830994925
Penerbit: Al-Hidayah Publication
Tahun: 2020
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 377
Berat: 445 g
Persoalan 'aqidah merupakan hal yang sangat utama bagi setiap orang yang mengaku dirinya beriman kepada Allah 'Azza wa Jalla. Oleh kerana itulah kami berusaha menghadirkan salah sebuah kitab rujukan 'aqidah, yakin; 'AQIDAH THAHAWIYYAH.
Judul kitab ini diambil dari nama penulisnya, iaitu; Ath-Thahawi. Nama lengkapnya Ahmad bin Muhammad bin Salamah Al-Azdi Al-Mishri Abu Ja'far Ath-Thahawi Al-Hanafi (239-321 Hijrah). Kitab ini sudah cukup tua, dan terus-menerus diwarisi dari generasi ke generasi hingga kini. Kitab ini mula disyarahkan oleh Ibnu Abi Al-'Izz Al-Hanafi (731-792 Hijrah), hinggalah kepada Syeikh kita sekarang ini.
Kitab ini menjadi rujukan pembahasan 'aqidah shahihah di seluruh negeri-negeri di Timur Tengah khususnya dan, negeri-negeri Islam pada umumnya, baik di pusat-pusat pengajian tinggi atau di majlis-majlis ilmiah. Kitab ini sudah cukup terkenal dari lisan ke lisan, dari pertuturan para ahlul 'ilmi 'aqidah. Kiranya tidak keterlaluan, boleh kita katakan bahawa sekiranya kita ingin membahas mengenai 'aqidah kita tidak menyampingkan kitab Ath-Thahawiyyah ini sebagai rujukan utama kita.