Price | RM33.00 |
Product SKU | 9789670444376 |
Brand | Local Publishers |
Size (L x W x H) | 20.7 cm x 14.1 cm x 1.6 cm |
Reward Points | 33 |
Points Needed | 6600 |
Availability | Out Of Stock |
Deskripsi
Sains Matematik Dalam Acuan Bahasa Melayu dan Islam - Kulit Lembut
Penulis: Shaharir Mohamad Zain
Penerbit: PTS Akademia
Tahun: 2014
Bahasa: Melayu
Bil Muka surat: 310
Berat: 375g
Buku ini memuatkan himpunan sepuluh buah makalah terpilih yang sarat dengan pemikiran Shaharir dalam pelbagai aspek bidang kepakarannya, termasuklah pengislaman ilmu, gagasan pemeribumian ilmu dalam konteks Tamadun Melayu, pengurusan, kewangan, serta kritikan Teori Kenisbian dan Teori Quantum. Himpunan makalah ini memperlihatkan kesarjanaan beliau dan membuktikan betapa mengheningnya pendirian dan perjuangannya serta polimatesnya Shaharir.
Penulis
Shaharir Mohamad Zain, Ph.D. dikenali sebagai seorang ilmuwan dalam bidang matematik, terutama berkaitan dengan teori Einstein dan teori Quantum. Anak kelahiran Pasir Puteh, Kelantan yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor UKM (1988-1994), profesor di Fakulti Sains & Teknologi, UKM dan UMT, dan Presiden ASASi dan PERSAMA ini juga adalah seorang aktivis bahasa serta idealog pengislaman dan pemeribumian ilmu di Malaysia. Beliau sudah menulis beberapa buah buku yang berkaitan dengan matematik tulen, pengurusan Melayu, kepimpinan, dan sejarah dan falsafah dan sains. Kini, beliau bertugas sebagai Zamil Penyelidik Kanan di Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya.