Price | RM32.00 |
Product SKU | 9789670524320 |
Brand | Penerbit UMT |
Reward Points | 32 |
Points Needed | 6400 |
Availability | 3 |
Quantity |
|
Kalkulus Stokastik dalam Pengurusan Kewangan: Pendekatan Berasaskan Nilai - Kulit Lembut
Penulis: Shaharir Mohamad Zain
ISBN: 9789670524320
Penerbit: Penerbit UMT
Tahun: 2013
Bahasa: Bahasa Melayu
Muka Surat: 136
Berat: 300g
Buku ini ditulis dengan gaya pendekatan yang berbeza dengan penulis-penulis lain dalam bidang sains matematik amnya, iaitu pendekatan yang menonjolkan adanya sister nilai dalam ilmu yang selama ini dianggap cukup objektif (tiada pengaruh budaya, falsafah dan apatah lagi agama). Ini dilakukan dengan tujuan mengimbau para pembacanya supaya turut berfikir untuk mengubah ilmu ini supaya lebih namyak lagi bertunjangkan kepada sistem nilai sendiri sehingga menjadikan ilmu ini lebih bermakana lagi kepada anak bangsa kita dan Muslim seluruh dunia khususnya. Sekali gus, buku ini juga memuatkan garis kasarnya bagaimana budaya pengurusan kewangan kita sendiri (kewangan peribumi) mampu diangkat martabatnya menjadi sebuah model matematik kewangan yang akhirnya dapat menyaingi model kewangan berasaskan budaya Eropah atau Amerika Syarikat yang sehingga kini dua budaya urusan kewangan inilah bermaharajalela di dalam buku teks matematik kewangan, seolah-olah sudah tiada lagi budaya lain yang perlu dihiraukan.