Price | RM35.00 |
Product SKU | 9789672512196 |
Brand | Penerbit UKM |
Reward Points | 35 |
Points Needed | 7000 |
Availability | 3 |
Quantity |
|
Nilai Terapeutik Hasilan Semula Jadi - Kulit Lembut
Penyunting: Satirah Zainalabidin, Farah Wahida Ibrahim & Siti Fathiah Masre (sunt.)
ISBN: 9789672512196
Penerbit: UKM Press
Tahun: 2021
Bil. Muka surat: 147
Berat: 240 g
Amalan perubatan tradisional terutamanya dari tumbuh-tumbuhan kini diterokai secara saintifik bagi menyelami dan membongkar rahsia alam. Sememangnya tumbuh-tumbuhan mempunyai nilai perubatannya yang amat tinggi dan ini dikupas dalam buku Nilai Terapeutik Hasilan Semula Jadi. Buku ini menyingkap potensi tumbuhan dalam intervensi penyakit atau permasalahan berkaitan sistem kardiovaskular, sistem saraf pusat dan juga kulit. sebatian aktif yang ada pada tumbuhan yang dikaji menunjukkan aktiviti antihipertensi, antioksida, antiinflamasi, antikanser dan juga aktiviti penyembuhan luka pada haiwan model penyakit yang digunakan. Pendekatan melalui teknik in vivo (model haiwan) ini mendedahkan hasil penyelidikan yang amat menggalakkan, dan sesungguhnya berpotensi untuk dikembangkan ke peringkat yang seterusnya di masa hadapan. Penyelidikan ini dijalankan oleh sepasukan penyelidik di Pusat Kajian Toksikologi dan Risiko (Center for Toxicology and Health Risk Studies, CORE) di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian-kajian ini dijalankan dengan mematuhi etika penyelidikan yang ditetapkan oleh UKM.