Price | RM25.00 |
Product SKU | 9789679428803 |
Brand | Penerbit UKM |
Reward Points | 25 |
Points Needed | 5000 |
Availability | Out Of Stock |
Institusi Fatwa di Malaysia - Kulit Lembut
Penulis: Hasnan Kasan
ISBN: 9789679428803
Penerbit: UKM Press
Tahun: 2008
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 153
Berat: 255g
Fatwa membawa makna hukum syarak yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan fatwa dalam sesuatu masyarakat Islam bagi menjadi panduan dalam berdepan dengan permasalahan baru yang timbul dan yang masih belum mempunyai hukum yang jelas dan tetap. Fatwa amat penting bagi setiap individu dalam masyarakat yang terikat dengan hukum-hukum syariat dalam menjalani kehidupan seharian dalam berbagai-bagai aspek hidup.
Oleh kerana individu terikat dengan hukum syarak dan hukum ini pula dikelola oleh pihak pengurusan hukum dalam masyarakat, maka adalah penting setiap individu mengetahui kedudukan dan peranan pihak pengurusan hukum ini bagi memudahkan mereka berurusan dan memberikan reaksi terhadap hukum yang dikeluarkan. Bagi tujuan mengenali pihak pengurusan hukum atau fatwa ini, penulis telah berusaha untuk menghasilkan penjelasan mengenainya berbentuk buku.
Buku ini membincangkan institusi fatwa di Malaysia secara berstruktur bagi menemui kedudukannya dalam syariat Islam, peruntukan perundangan yang diberikan oleh negara, evolusi pengurusan dan penginstitusian pentadbiran serta peranannya dalam memandu aktiviti masyarakat Islam di negara ini. Melalui penjelasan yang dibuat dalam penulisan buku ini diharapkan dapat memberi sumbangan ilmu kearah kestabilan sosial dalam masyarakat Islam hari ini.