Price | RM25.00 |
Product SKU | 9789675267215 |
Brand | Blue T Publication |
Reward Points | 25 |
Availability | Out Of Stock |
Fiqh Kenegaraan - Kulit lembut
kondisi buku lama
Pengarang: Yusuf al-Qardhawiy
Penterjemah: Arsil Ibrahim
ISBN: 9789675267215
Penerbit: Blue T.
Bahasa: Melayu
Tahun: 2009
Bil. Muka surat: 320
Berat: 325 g
Imam Ibn al-Qayyim (abad kelapan Hijrah) pernah mengeluh dan merasa sedih melihat kejumudan yang melanda para ulama dan fuqaha pada zaman beliau. Ketidakmampuan mereka untuk berinteraksi dengan permasalahan semasa menjadikan para pemimpin pada zaman itu terpaksa mencari jalan penyelesaian di luar syariat Islam bagi menyelesaikan pelbagai masalah politik dan kenegaraan. Akibatnya, warna Islam hanya terserlah pada masalah ibadah dan muamalah sahaja, manakala dalam masalah politik dan kenegaraan warna tersebut kian suram dan pudar. Ibn al-Qayyim menghabiskan usianya dalam berjuang menentang para ulama' yang merestui penyelewengan para pemimpin berkaitan dengan polisi kenegaraan.
Ulama-ulama yang tidak mahu menerima sebarang perubahan itu ternyata wujud pada abad kelima belas Hijriah ini. Imam Syafi'i pernah merubah pandangan mazhabnya dalam masa yang singkat, sehingga mazhab beliau terbahagi kepada mazhab baru dan mazhab lama. Pengikut mazhab Abu Hanifah pula berselisih faham dengan pandangan asli mazhab Hanafi dalam satu pertiga daripada mazhab. Mereka berkata: "Seandainya Imam Abu Hanifah melihat perubahan seperti yang kami lihat, tentu beliau pun akan berpendapat serupa dengan kami atau lebih ekstrim." Dan Imam Ahmad bin Hanbal pernah mengeluarkan tujuh pendapat untuk satu masalah ekoran keadaan dan suasana yang berubah-ubah.
Buku ini merupakan gambaran umum tentang fiqh kenegaraan dalam Islam; Apakah kedudukannya? Apakah hukum mengaplikasikannya? Apakah kriteria dan keistimewaannya? Adakah ia merupakan asas kepada negara bertamadun yang berdiri di atas disiplin Islam, atau asas kepada negara teokrasi dan menjatuhkan hukuman atas nama Tuhan? Apakah sikap negara Islam terhadap kemajmukan parti, demokrasi serta peranan kaum wanita dan golongan bukan Islam dalam politik? Bolehkah satu jamaah Islam ikut serta dalam sistem negara yang bukan Islam? Isu-isu hangat dan sensitif lain yang serupa dengan perkara-perkara di atas turut dibincangkan dalam buku ini.