Price | RM18.00 |
Product SKU | 983660023X |
Brand | ABIM |
Reward Points | 18 |
Points Needed | 3600 |
Availability | 1 |
Quantity |
|
Islam dan al-Hadith: Dialog Bersama Kassim Ahmad. Satu Analisis ke atas Usaha-Usaha Merosakkan Peribadi dan Autoriti Rasulullah s.a.w. - Kulit lembut
Penyelenggara: Abdul Halim el-Muhammady
ISBN: 983-66-0023-X
Penerbit: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Tahun: 1995
Halaman: 193 mukasurat
Berat: 200g
Buku Islam dan al-Hadith: Satu Analisis ke atas Usaha-Usaha Merosakkan Peribadi dan Autoriti Rasulullah s.a.w. bercadang menjawab tulisan Kasim Ahmad di samping berhasrat memasyarakatkan ilmu al-Hadith kepada umum.
Pada amnya buku Islam dan al-Hadith ini terbahagi kepada tiga bahagian: Bahagian pertama melihat al-Hadith dalam perspektif ilmu Islam, termasuk keperluan Bahasa Arab bagi memahaminya, serta kajian ke atas al-Hadith yang pernah dibuat oleh para orientalis. Sehubungan dengan ini, pembabitan Kasim Ahmad dalam konteks pengajian Islam dan al-Hadith turut diberi penilaian dan penjelasan. Bahagian kedua daripada buku ini membentangkan hujah dari segi metodologi, sumber autoriti dan sejarah pengumpulan al-Hadith bagi menolak buku Hadis: Satu Penilaian Semula. Bahagian ini mengandungi catatan-catatan dari dialog yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya, pada 28hb. Jun 1986, anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), bagi memperkatakan sikap dan pendapat Kasim Ahmad. Manakala bahagian akhir buku ini mengandungi hemat pandangan dan renungan terhadap novel Satanic Verses, oleh Salman Rushdi, yang dikira berguna bagi memahami persekitaran dan perlakuan yang selama ini telah berjalan bertujuan merosak peribadi dan autoriti Rasulullah s.a.w.