Price | RM30.00 |
Product SKU | 9789674129668 |
Brand | Penerbit UKM |
Reward Points | 30 |
Points Needed | 6000 |
Availability | 5 |
Quantity |
|
Gerakan Al-Sanusiyyah: Daripada Tarekat Tasawuf Kepada Gerakan Jihad - Kulit Lembut
Penulis: Loqman Harith Zainol Mohamad Haidhir
ISBN: 9789674129668
Penerbit: Penerbit UKM
Tahun: 2020
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 140
Berat: 222g
Afrika Utara sebuah kawasan yang mempunyai perkembangan Islam yang baik, namun mula tergugat berikutan kedatangan kuasa Eropah menjelang abad ke-20. Wilayah Libya didatangi kuasa Itali. Berikutan itu muncul beberapa tokoh yang berusaha untuk membebaskan wilayah tersebut daripada cengkaman penjajahan. Antara tokoh yang dianggap penting muncul ketika itu dan dianggap sebagai ulama iaitu Muhammad bin Ali al-Sanusi. Beliau juga dikenali dengan Imam al-Akbar. Sedar akan kemerosotan fahaman agama dan amalan dalam masyarakat pada waktu itu, beliau tampil mengajak mereka bersama-sama ke program penyucian jiwa yang dikenali pada hari ini sebagai tarekat. Perkumpulan tarekat yang diasaskan oleh beliau menjadi semakin maju dan berkembang hingga ke sebahagian Afrika Utara hingga sampai ke Sudan. Selepas Imam al-Akbar meninggal dunia, gerakan ini diteruskan oleh pemimpin yang lain. Perkumpulan tarekat mula bangkit mengancam penjajahan Itali pada waktu itu. Gerakan al-Sanusiyyah bukan sahaja berpengaruh di Afrika Utara, malah berkembang ke Turki juga Alam Melayu.