Price | RM70.00 |
Product SKU | 9789671771273 |
Brand | Alim Rabbani |
Size (L x W x H) | 35 cm x 30 cm x 10 cm |
Reward Points | 70 |
Points Needed | 14000 |
Availability | 8 |
Quantity |
|
Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Niik Mat: Surah Yunus - Kulit Keras
Penulis: Ahmad Saifuddin Yusof
ISBN: 9789671771266
Penerbit: Alim Rabbani
Tahun: 2020
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 524
Berat: 728 g
Kisah Nabi Yunus 'alayhissalam terpapar dalam empat buah surah di dalam Al-Quran. Turutan penurunannya memberi ibrah dan pengajaran buat Rasulullah Sollallahu "Alayhi wa Sallam. Kisah-kisah Nabi Yunus bermula turunnya daripada Surah al-Qalam, kemudian Surah Yunus, diikuti Surah al-Saffat dan akhir sekali di dalam Surah al-Anbiya'.
Kandungan di dalam Surah Yunus ini melatari kejadian dan peristiwa yang berlaku semasa dakwah Rasulullah sewaktu di Mekah. Memberi semangat dan motivasi keramat sehingga baginda dapat bangkit setiap hari untuk berdakwah keopada penduduk Mekah ketika itu.
Keutuhan tauhid Nabi Yunus bulat tekad kepada Allah, tidak mematahkan semangat baginda untuk terus berdakwah sehingga mereka menerima apa yang diseru. Dengan perasaan Nabi Yunus dalam usaha keras baginda berdakwah melatari intipati pengajaran kepada kita untuk tidak berhenti berjuang dan berbakti.