Price | RM40.00 |
Product SKU | 9789671600160 |
Brand | Nizamiyyah Publications |
Points Needed | 8000 |
Availability | 49 |
Quantity |
|
Sejarah Ringkas Mazhab Ashari di Barat Dunia Islam: Perkembangan, Tokoh-Tokoh Utama dan Karya-Karya Penting (Al-Masadir al-Maghribiyyah li al-'Aqidah al-Ash'ariyyah) - Kulit keras
Pengarang: Dr. Khalid Zahri
Terjemahan dan Ringkasan: Zainul Abidin Bin Abdul Halim
ISBN: 9789671600160
Penerbit: Nizamiyyah Publications
Tahun: Jan 2021
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 102
Berat: 330g
Imam al-Sanusi bukanlah satu-satunya tokoh ilmu kalam yang muncul di barat dunia Islam (Maghribi). Beliau adalah satu permata yang bergemerlapan di antara untaian permata yang menghiasi rantaian keilmuan Islam dalam bidang akidah di sana. Kenyataan ringkas ini menimbulkan beberapa persoalan yang cuba dirungkaikan dalam penulisan ini secara sederhana. Antara persoalan ini adalah:
- Siapakah tokoh ilmu kalam Ash'ari Maghribi yang lain selain Imam al-Sanusi?
- Apakah sumbangan mereka dalam akidah dan sejauh manakah kesan sumbangan mereka ini?
- Bagaimanakah perkembangan Mazhab Ash'ari di barat dunia Islam sehingga ke hari ini?
- Apakah kontroversi yang pernah menimpa tokoh mazhab Ash'ari di Maghribi dan bagaimanakah pengkaji di sana sendiri menanggapi dan mendepaninya?
Kesemua persoalan ini dan berbagai lagi hal yang menarik telah disentuh oleh pengarang asal karya ini; Dr. Khalid Zahri, di dalam karya beliau yang berjudul Al-Masadir al-Maghribiyyah li al-'Aqidah al-Ash'ariyyah. Buku yang berada di hadapan anda ini pula berusaha mengumpulkan maklumat terpenting di dalam karya tersebut dan mempersembahkannya kepada khalayak pengkaji ilmu kalam sebelum mereka berenang di dalam lautan khazanah karya asal yang mengjangkau 700 muka surat.