Price | RM39.00 |
Product SKU | 9789675457128 |
Brand | Penerbit UTHM |
Reward Points | 39 |
Points Needed | 7800 |
Availability | Out Of Stock |
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar Menurut Perspektif al-Quran - Kulit lembut
Pengarang: Mikdar Rusdi
ISBN: 9789675457128
Tahun: 2010
Bahasa: Bahasa Melayu
Bil Muka surat: 183
Berat: 305g
Buku ini membincangkan mengenai pemeliharaan alam sekitar menurut perspektif al-Quran. Di zaman globalisasi ini, isu alam sekitar menjadi topik perbahasan hangat dan global. Fenomena kemerosotan kualiti alam sekitar membabitkan air, udara, suara, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Penyelesaian secara serius perlu dilakukan bagi memastikan keberlangsungan hidup dapat diteruskan.
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana peranan al-Quran dalam menangani isu-isu alam sekitar, juga mendalami gambaran al-Quran dengan kemukjizatannya bagi menangani perosak-perosak alam sekitar serta menawarkan penyelesaian yang komprehensif.
Di dalam buku ini para pembaca akan mendapati bahawa al-Quran sangat mengambil berat isu-isu alam sekitar di mana fenomena kerosakan alam sekitar sudah berlaku sejak dahulu lagi memberi penekanan supaya melakukan pemuliharaan.
Di dalam buku ini juga pembaca akan mendapati berbagai komponen alam sekitar yang dijelaskan oleh al-Quran antaranya: air, udara, suara, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Oleh itu buku ini sesuai sebagai rujukan pelajar di institusi pendidikan tinggi dan juga sebagai bahan perbandingan bagi pembaca yang berminat dan ingin mencari nas-nas al-Quran dalam usaha memelihara alam sekitar dari sudut pandang Islam.