Price | RM42.00 |
Product SKU | 9789839379198 |
Brand | ISTAC |
Reward Points | 42 |
Points Needed | 8400 |
Availability | 11 |
Quantity |
|
Pembangunan Di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna - Kulit Keras
Pengarang: Wan Mohd Nor Wan Daud
Penerbit: ISTAC
ISBN: 983-9379-19-4
Tahun: 2001
Bil Muka surat: 172
Berat: 431g
Dalam karya terbarunya ini, Professor Wan Mohd Nor telah memberikan hujah-hujah kukuh dan mendalam tentang pelbagai perkara dasar dan pokok berkaitan ma’na pembangunan sebenar di Malaysia. Beliau mengutarakan banyak perkara-perkara penting dan menarik seperti satu istilah baru yang menayangkan faham dan makna pembangunan sebenar; kelemahan Petunjuk Pembangunan Insan yang diketengahkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu; dasar agama dan akhlak dalam Rancangan Pembangunan Malaysia; ma’na kebahagian dan penyempurnaan diri insan; ma’na sebenar jenayah kolar putih; hujah sejarah dan akhlak mengenai hak-hak Bumiputra khasnya orang-orang Melayu; perpaduan dan kestabilan negara; faham model pembangunan sebenar, dan lain-lain lagi. Buku ini amat penting dibaca semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pembangunan negara secara menyeluruh oleh ahli politik, pentadbir, akademik, para guru, malah pelajar di insititusi pengajian tinggi.