Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM5.00
Ahkam Wakaf Hibah, Sedekah, Wakaf dan Luqatoh
Price RM5.00
Product SKU 9789673682140
Brand Al-Hidayah Publication
Availability 3
Quantity
Description

Ahkam Wakaf Hibah, Sedekah, Wakaf dan Luqatoh - kulit lembut


Penyusun: Saifullah Mohd Nasri
ISBN: 9789673682140
Penerbit: Al-Hidayah Publication
Tahun: 2015
Bahasa: Melayu 
Muka Surat: 75
Berat: 97 g

 

Islam itu sempurna. Sebagaimana Allah SWT melengkapkan keperluan manusia dengan mencipta langit, bumi, tumbuh-tumbuhan dan haiwan untuk kegunaan manusia. Dia juga turut menyertakan manual dan tatacara kehidupan, daripada sekecil-kecil perkara, sehinggalah ke sebesar-besar perkara. Begitulah Tuhan kita yang Maha Mengetahui.

 

Begitu juga dalam bab harta, kita sudah diberikan panduan cara menguruskan harta kita dengan sebaik mungkin. Hukum-hukum seperti wakaf, hibah, sedekah dan luqatah adalah antara hukum-hukum berkaitan harta yang penting untuk diketahui oleh masyarakat umum. Kefahaman yang mendalam dan sempurna dalam bab ini menjanjikan kitaran harta ekonomi umat Islam yang mantap dan terkehadapan. Jika semua sistem-sistem harta ini dilaksanakan dengan baik serta diberikan kepada yang berhak, tidak mustahil tiada lagi orang miskin dan daif.

 

Maka, buku kecil ini lahir bertujuan untuk memberikan kefahaman yang sangat diperlukan oleh masyarakat umum dalam menguruskan harta.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More