Price | RM32.00 |
Product SKU | 9789834608361 |
Brand | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Reward Points | 32 |
Points Needed | 6400 |
Availability | 1 |
Quantity |
|
Description
Pembangunan Holistik Dari Perspektif Islam - Kulit lembut
Penulis: Ab. Aziz Yusof
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834608361
Tahun: 2012
Bahasa: Bahasa Melayu
Bil Muka surat: 326
Berat: 491g
Buku ini disediakan khusus untuk pemimpin, pengusaha, pentadbir, ahli-ahli akademik dan golongan pelajar terutama yang berada di institusi pengajian tinggi. Terdapat satu persamaan dalam kalangan mereka, iaitu semuanya memerlukan pemahaman tentang pembangunan dan bakal menerima kesan daripada pembangunan yang dilakukan. pada masa yang sama mereka turut bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan pembangunan diurus dengan secekap yang mungkin. Mereka perlu memastikan kejayaan dalam melaksanakan pembangunan bukan atas penderitaan yang dihadapi oleh golongan yang tidak bernasib baik. Bagi merealisasikannya, mereka perlu bersama-sama berganding bahu dan bermuafakat untuk memastikan aktiviti pembangunan dijana dengan berkesan melalui penggunaan sumber secara berhemah.
Diharapkan agar buku ini akan mencetuskan kesedaran betapa perlunya umat Islam bersama-sama berganding bahu dalam meneruskan usaha-usaha pembangunan dan kemajuan. Komitmen dan kesungguhan mereka bergerak dalam satu jemaah akan membolehkan umat Islam untuk memimpin dan bukannya dipimpin. Umat Islam perlu berdikari dengan keyakinan bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang cintakan keamanan dan keharmonian. Justeru, pengurusan pembangunan Islam yang dijana perlu menjurus ke arah itu demi mencapai kesejahteraan hakiki yang bakal dinikmati secara bersama.
Reviews (0)
view all
back
You Might Like These Too:More