Price | RM20.00 |
Product SKU | 9789831950661 |
Brand | Karisma Publications |
Reward Points | 20 |
Points Needed | 4000 |
Availability | 4 |
Quantity |
|
Pengantar Kaedah Mengajar Mata Pelajaran Ilmu Kemanusiaan - Kulit lembut
Penyunting: Hazri Jamil, Hashim Othman & Rohizani Yaakub
ISBN: 9789831950661
Penerbit: Karisma Publication
Tahun: 2004
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 224
Berat: 290 g
Mengajar bukanlah suatu tugas mudah, apatah lagi bagi guru pelatih atau guru baru. Tugas ini memerlukan kita menguasai banyak ilmu dan kemahiran berkaitan keguruan itu sendiri. Buku Pengantar Kaedah Mengajar Mata Pelajaran Ilmu Kemanusiaan ini bermula dengan pengetahuan latar tentang KBSM. Ini diikuti dengan maklumat isi kandungan mata pelajaran dari perspektif mata pelajaran kemanusiaan dalam konteks KBSM. Seterusnya, terdapat perbincangan tentang aspek-aspek penting dalam pengajaran seperti model-model pengajaran, perancangan pengajaran, kaedah pengajaran, persembahan guru, pengajaran mikro, pembinaan persekitaran pembelajaran dan juga pengurusan kelas. Selain itu aspek pentaksiran dalam pengajaran juga dimasukkan dan ditambah pula dengan refleksi guru. Bahasa yang digunakan dalam buku ini agak mudah dan tidak terlalu teknikal. Setiap bab dimulakan dengan menetapkan objektif tertentu dan pada penghujung setiap bab diberikan beberapa soalan sebagai latihan. Buku ini diharapkan dapat memenuhi keperluan guru kerana unsur-unsur penting pengajaran telah dijelaskan dengan baik.